Assalamualaikum WBT ..
Program Derma Al-Quran dan Iqra 2014 merupakan sebuah program yang bertujuan untuk mengumpul
Al-Quran dan Iqra bagi kegunaan Proses P&P anak-anak di sekolah ini . Hal yang demikian kerana ,
Al-Quran dan Iqra yang sedia ada di sekolah ini amat daif dan sudah tidak boleh digunakan lagi .. Pihak sekolah juga telah membeli Al-Quran dan Iqra walau bagaimanapun jumlah tersebut masih tidak dapat menampung keperluan murid terutama dalam matapelajaran Al-Quran / Hafazan dan Iqra..
Selain itu , pihak sekolah juga memberi peluang kepada PIBG , Masyarakat Awam serta para dermawan untuk beramal dengan memberi sedikit sedekah untuk pembelian Al-Quran dan Iqra .. InsyaAllah , Pahala hasil derma tersebut akan berterusan selagi mana ia digunakan .. Semoga Amal kita akan diterima oleh Allah Maha Pencipta .. Amin :)
Pihak Sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada penderma yang telah menderma Al-Quran , Iqra dan wang sebelum ini ..
Program ini adalah program berterusan sepanjang tahun . Mana-mana individu yang berniat untuk menderma / menyumbangkan samada Al-Quran , Iqra atau wang bolehlah berhubung dengan guru-guru SAR KAFA Kg. Padas Damit atau menghubungi Us. Mohammad Anuar bin Abu Bakar di talian 010-954 4542 .
Wasalam ^^
No comments:
Post a Comment