Ahlan W Sahlan ila SAR Padas Damit

Sunday, 14 December 2014

Berakhirnya Sesi 2014

Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pemurah ..

Assalamualaikum WBT ..

Alhamdulillah , berakhir sesi pengajian 2014 dengan jayanya. dalam tempoh setahun ini,pelbagai perubahan telah dilakukan oleh para Guru dengan bantuan ibubapa.

Antara perubahan yang telah dilakukan tahun ini adalah :-

1. Menyusun atur semula sistem pentadbiran .
2. Mengubah tradisi pakaian seragam murid , dimana sebelum ini murid adalah bebas memakai sebarang pakaian ke sekolah. Pada tahun ini,pihak pentadbiran sekolah telah mewajibkan murid untuk memakai pakaian seragam iaitu tahun 1-5 hendaklah memakai pakaian rasmi selangor/kurung putih dan kain/samping berwarna coklat , manakala tahun 6 berwarna hijau.
3. Mewujudkan kantin sekolah dimana murid tidak perlu lagi keluar ke kedai pada waktu rehat .
4. Sistem jadual pnp yang lebih teratur dan sistematik.
5. Menceriakan kelas dan sekolah.
6. Membaik pulih bangunan dan membina kantin konkrit.

Selain itu, antara aktiviti sepanjag tahun ini adalah :-

1. Tuan Rumah Majlis Ihtifal KAFA prgkt. Daerah Beaufort 2
2. Program Wakaf Al-Quran dan Iqra
3. Solat Sunat hajat dan Majlis Restu UPKK & SRU
4. Program Pengurusan Jenazah Murid (ASAS)
5. Minggu Patriotik Sekolah
6. Pertandingan Keceriaan Kelas
7. Pusat Peperiksaan UPKK dan SRU

Keputusan SRU 2014 :-

Alhamdulillah,pada tahun ini seramai 14 orang calon sekolah ini menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan 10 orang menduduki Sijil Rendah Ugama (SRU).

Untuk UPKK keputusan belum lagi diperolehi dan dijangka akan keluar awal tahun hadapan , manakala SRU pula terdapat peningkatan peratus lulus iaitu 50% berbanding tahun sebelumnya.

Jayyid Jiddan : Hanisah Shahirah bt. Janidin, Maznirah bt. Abdul Wahab dan Safiyyah bt. Samat
Maqbul : Ummi Hafizah bt. Jumatin & Nur Fatiah Ain bt. Juain.

Sasaran SRU Tahun 2015 : Lulus 100%

Alhamdulillah , tahun 2014 ditutup dengan Majlis Apresiasi UPKK 2013 dan Lawatan Ke Garama .

Semoga tahun hadapan lebih cemerlang dalam setiap bidang .. aamiin ..

Sekalung Penghargaan buat mereka yang telah banyak membantu sekolah ini samada secara langsung atau tidak.

Wednesday, 9 July 2014

CATATAN BULAN JUN ..

Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ..

Assalamualaikum WBT .. 

Catatan Bulan Jun ini dimulakan dengan lafaz kesyukuran kerana sekolah ini telah menerima penambahan seorang guru KAFA lagi iaitu Ustaz Rahman bin Majamal . Berikutan kehadiran guru ini maka berlaku sedikit perubahan bagi pembahagian kelas seperti berikut :-

Tahun 1 / 2 ( 23 orang )     : Ustazah Rupitah 
Tahun 3 ( 15 orang )          : Us. Suhaimi 
Tahun 4 ( 16 orang )          : Us. Anuar
Tahun 5 ( 15 orang )          : Ustazah Lely
Tahun 6 ( 10 orang )          : Us. Rahman 

Nota : Us. Rahman merupakan Guru Khas matapelajaran Al-Quran . Manakala guru-guru lain adalah Guru Bimbingan Iqra . 

Selain itu , telah berlangsung juga peperiksaan semester 1 ( 16 - 19 Jun ) dan keputusan juga telah dikeluarkan . TAHNIAH kepada semua murid yang lulus cemerlang .

Bermula bulan ini juga sekolah telah beroperasi selama 5 hari , walau bagaimanapun masih dalam tempoh percubaan . InsyaAllah seandainya diizinkan , kelas akan berlangsung sehingga hujung tahun . 

Sekian .. 

Friday, 23 May 2014

KEPUTUSAN MAJLIS IHTIFAL PRGKT. BHG. PEDALAMAN BWH 2014

Alhamdulillah , selesai sudah Ihtifal 18 Mei yang lalu dengan jayanya . Majlis tersebut diadakan di SK. Pekan Kuala Penyu , Dirasmikan oleh YB Datuk Hjh Azizah Md. Dun .

Keputusan Wakil Sekolah :
Syarahan Perempuan ( Saffiyah bt. Samat ) - Naib Johan
Seni Khat Lelaki ( Maznirah bt. Abd. Wahab - Saguhati 

Pengalaman yang amat menarik . Sekarang , semua murid boleh fokus kepada studi .. Hehe 

Tahniah ~

Monday, 5 May 2014

MAKLUMAN AWAL TARIKH PEPERIKSAAN SEM 1/2014

Berikut merupakan tarikh peperiksaan Sem 1/ 2014 :

Tahun 6   : 12 Mei - 21 Mei 2014
Tahun 1 - 5 : 19 Mei - 21 Mei 2014

Nota : Sila ambil perhatian kepada ibubapa,penjaga,saudara-mara dan semua calon sekolah , kehadiran adalah DIWAJIBKAN dan sila lengkapkan diri anda dengan alat tulis dan sila baca semula nota-nota sebelum ini .. 


Doa memulakan ulangkaji :

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

Doa selepas mengulangkaji :

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْء


Ketika memasuki dewan peperiksaan :

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya:“Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”


Ketika menerima kertas soalan :

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

Ketika sukar menjawab :

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

Jika anda terlupa jawapan :
اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku".

Saturday, 19 April 2014

MAJLIS IHTIFAL KAFA PERINGKAT DAERAH BEAUFORT 2

Tarikh       : 19/4/2014 ( Sabtu )
Masa        : 7.30 pagi - selesai
Tempat     : SAR KAFA Kg. Padas Damit 
Perasmi    : YBhg. En. Junli bin Usop (PPM Dun Lumadan)

Alhamdulillah selesai menjadi tuan rumah majlis ihtifal KAFA Daerah 2014 . 
Sekalung penghargaan buat semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut sama ada secara langsung atau tidak langsung . Juga penghargaan buat para ibubapa dan penderma utk majlis Kali ini . Semoga Allah melapangkan rezki buat kalian :)

Keputusan Majlis Ihtifal KAFA Daerah Beaufort 2 :

Kategori Tilawah Al-Quran (L)
JOHAN - Mohd Azan Bin Khairul Azhar - ZON 3
N.JOHAN - Mohd Hanif Aiman Bin Anthony - ZON 1
T.KETIGA - Mohd Fadhil Bin Jusri - ZON 2
SAGUHATI - Mohd Shahrul Redza Bin Rashid - ZON 4
Kategori Tilawah Al-Quran (P)
JOHAN - Assya Aqila Bt Alin - ZON 1
N.JOHAN - Nursalsabila Bt Abd Karim - ZON 4
T.Ketiga - Siti Nirwana Bt Imsani - ZON 2
SAGUHATI - Norfarhani Bt Sulaiman - ZON 3
Kategori Syarahan (L)
JOHAN - Mohd Aniq Bin Sapran - ZON 4
N.JOHAN - Mohd Nurikhwan Shah Bin Rimen - ZON 3

T.KETIGA - Mohd Asyraf Bin Rosli - ZON 1
SAGUHATI - Mohd Shahrul Redza Bin Rashid - ZON 2
Kategori Syarahan (P)
JOHAN - Safiyyah Bt Samad - ZON 1
N.JOHAN - Siti Nursyuhada Bt Hip - ZON 4
T.KETIGA - Fitri Farhana Bt Ahmad Daud - ZON 2
SAGUHATI - Dk. Siti Herwani Bt Ak. Supri - ZON 3
Kategori Penulisan Khat (L)
JOHAN - Ag. Kayum Bin Ag. Masis - ZON 3
N.JOHAN - Mohd Tazzairie Bin Taripin - ZON 2
T.KETIGA - Darween Mat Bidin - ZON 1
SAGUHATI - Mohd Shahfitri Bin Jimbaran - ZON 4
Kategori Penulisan Khat (P)
JOHAN - Maznierah Bt Abd Wahab - ZON 1
N.JOHAN - Ain Natasha Bt Senin - ZON 3
T.KETIGA - Nur Alia Bt Abdul Kayum - ZON 4
SAGUHATI - Nurin Wailah Bt Rosaibun - ZON 2
Kategori Nasyid (L)
JOHAN - Assholihon - ZON 1
N.JOHAN - Soutul Iman - ZON 3
T.KETIGA - Khalifahtullah - ZON 4
SAGUHATI - Wasatiyyah - ZON 2
Kategori Nasyid (P)
JOHAN - Ainul Mardhiah - ZON 1
N.JOHAN - Soutuz Zihab - ZON 3
T.KETIGA - Zahratun Imani - ZON 4
SAGUHATI - Saidatunnisa - ZON 2

Dari Sekolah ini ada 3 peserta individu dan 1 kump.Nasyid . 
Syarahan Lelaki    : Mohd. Asyraf bin Rosli ( Ke-3 )
Syarahan Perempuan : Safiyyah binti Samat ( Johan )
Seni Khat Perempuan : Maznirah bt. Abd. Wahab ( Johan )
Nassyid Lelaki : Soutul Iman ( Naib Johan ) 

Tahniah ~ 




















Saturday, 12 April 2014

Mahabbatul Usrah : Motivasi bersama IBUBAPA dan Calon UPKK Zon 1 2014

 Assalamualaikum ..

Alhamdulillah hari ini selesai sudah program Motivasi UPKK Zon 1 . Program kali ini dikendalikan oleh KAFA SK. Bentuka , manakala penceramahnya adalah Pn. Norijta Sari binti Haji Yakup .. Seramai 48 orang calon UPKK bagi zon 1 tahun ini . 

Terima kasih kepada ibubapa yang sudi hadir . Semoga pengajaran hari ini menjadi bekal untuk masa hadapan .. Terima kasih juga kepada calon UPKK Padas Damit ( 14 orang ) . Adik-adikku , insyaAllah Boleh ! ~












Peserta-peserta Program dari 4 buah KAFA Zon 1

Tuesday, 8 April 2014

PROGRAM DERMA Al-QURAN dan IQRA 2014

Assalamualaikum WBT ..

Program Derma Al-Quran dan Iqra 2014 merupakan sebuah program yang bertujuan untuk mengumpul 
Al-Quran dan Iqra bagi kegunaan Proses P&P anak-anak di sekolah ini . Hal yang demikian kerana , 
Al-Quran dan Iqra yang sedia ada di sekolah ini amat daif dan sudah tidak boleh digunakan lagi .. Pihak sekolah juga telah membeli Al-Quran dan Iqra walau bagaimanapun jumlah tersebut masih tidak dapat menampung keperluan murid terutama dalam matapelajaran Al-Quran / Hafazan dan Iqra.. 

Selain itu , pihak sekolah juga memberi peluang kepada PIBG , Masyarakat Awam serta para dermawan untuk beramal dengan memberi sedikit sedekah untuk pembelian Al-Quran dan Iqra .. InsyaAllah , Pahala hasil derma tersebut akan berterusan selagi mana ia digunakan .. Semoga Amal kita akan diterima oleh Allah Maha Pencipta .. Amin :) 

Pihak Sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada penderma yang telah menderma Al-Quran , Iqra dan wang sebelum ini ..

Program ini adalah program berterusan sepanjang tahun . Mana-mana individu yang berniat untuk menderma / menyumbangkan samada Al-Quran , Iqra atau wang bolehlah berhubung dengan guru-guru SAR KAFA Kg. Padas Damit atau menghubungi Us. Mohammad Anuar bin Abu Bakar di talian 010-954 4542 .

Wasalam ^^