Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pemurah ..
Assalamualaikum WBT ..
Alhamdulillah , berakhir sesi pengajian 2014 dengan jayanya. dalam tempoh setahun ini,pelbagai perubahan telah dilakukan oleh para Guru dengan bantuan ibubapa.
Antara perubahan yang telah dilakukan tahun ini adalah :-
1. Menyusun atur semula sistem pentadbiran .
2. Mengubah tradisi pakaian seragam murid , dimana sebelum ini murid adalah bebas memakai sebarang pakaian ke sekolah. Pada tahun ini,pihak pentadbiran sekolah telah mewajibkan murid untuk memakai pakaian seragam iaitu tahun 1-5 hendaklah memakai pakaian rasmi selangor/kurung putih dan kain/samping berwarna coklat , manakala tahun 6 berwarna hijau.
3. Mewujudkan kantin sekolah dimana murid tidak perlu lagi keluar ke kedai pada waktu rehat .
4. Sistem jadual pnp yang lebih teratur dan sistematik.
5. Menceriakan kelas dan sekolah.
6. Membaik pulih bangunan dan membina kantin konkrit.
Selain itu, antara aktiviti sepanjag tahun ini adalah :-
1. Tuan Rumah Majlis Ihtifal KAFA prgkt. Daerah Beaufort 2
2. Program Wakaf Al-Quran dan Iqra
3. Solat Sunat hajat dan Majlis Restu UPKK & SRU
4. Program Pengurusan Jenazah Murid (ASAS)
5. Minggu Patriotik Sekolah
6. Pertandingan Keceriaan Kelas
7. Pusat Peperiksaan UPKK dan SRU
Keputusan SRU 2014 :-
Alhamdulillah,pada tahun ini seramai 14 orang calon sekolah ini menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan 10 orang menduduki Sijil Rendah Ugama (SRU).
Untuk UPKK keputusan belum lagi diperolehi dan dijangka akan keluar awal tahun hadapan , manakala SRU pula terdapat peningkatan peratus lulus iaitu 50% berbanding tahun sebelumnya.
Jayyid Jiddan : Hanisah Shahirah bt. Janidin, Maznirah bt. Abdul Wahab dan Safiyyah bt. Samat
Maqbul : Ummi Hafizah bt. Jumatin & Nur Fatiah Ain bt. Juain.
Sasaran SRU Tahun 2015 : Lulus 100%
Alhamdulillah , tahun 2014 ditutup dengan Majlis Apresiasi UPKK 2013 dan Lawatan Ke Garama .
Semoga tahun hadapan lebih cemerlang dalam setiap bidang .. aamiin ..
Sekalung Penghargaan buat mereka yang telah banyak membantu sekolah ini samada secara langsung atau tidak.