Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ..
Assalamualaikum WBT ..
Catatan Bulan Jun ini dimulakan dengan lafaz kesyukuran kerana sekolah ini telah menerima penambahan seorang guru KAFA lagi iaitu Ustaz Rahman bin Majamal . Berikutan kehadiran guru ini maka berlaku sedikit perubahan bagi pembahagian kelas seperti berikut :-
Tahun 1 / 2 ( 23 orang ) : Ustazah Rupitah
Tahun 3 ( 15 orang ) : Us. Suhaimi
Tahun 4 ( 16 orang ) : Us. Anuar
Tahun 5 ( 15 orang ) : Ustazah Lely
Tahun 6 ( 10 orang ) : Us. Rahman
Nota : Us. Rahman merupakan Guru Khas matapelajaran Al-Quran . Manakala guru-guru lain adalah Guru Bimbingan Iqra .
Selain itu , telah berlangsung juga peperiksaan semester 1 ( 16 - 19 Jun ) dan keputusan juga telah dikeluarkan . TAHNIAH kepada semua murid yang lulus cemerlang .
Bermula bulan ini juga sekolah telah beroperasi selama 5 hari , walau bagaimanapun masih dalam tempoh percubaan . InsyaAllah seandainya diizinkan , kelas akan berlangsung sehingga hujung tahun .
Sekian ..